Terma dan Syarat - HantarSini.com

Go to content

Terma dan Syarat Umum Perkhidmatan HantarSini.com
 
  1. Pelanggan MESTI mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan HantarSini.com (online dan offline).
  2. Setiap pelanggan perlu mendaftar pakej atau dokumen yang ingin transit di HantarSini.com melalui borang yang disediakan secara online untuk makluman pihak kami sebelum barang ditransit ke HantarSini.com.
  3. Pakej atau bungkusan atau dokumen yang dihantar mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak syarikat asal penghantaran seperti bukan bahan-bahan terlarang atau menyalahi peraturan dan undang-undang.
  4. Caj dikenakan adalah sebagaimana dalam jadual yang disediakan (saiz barangan dan tempoh masa) di laman sesawang.
  5. Tempoh transit maksimum dibenarkan adalah selama 7 hari.  Selepas tempoh 7 hari, pihak HantarSini.com berhak memulangkan kembali barangan ke pihak kurier atau mengambil tindakan sewajarnya terhadap barangan transit kecuali dimaklumkan oleh pelanggan.
  6. Jika pelanggan perlu perkhidmatan penghantaran ke lokasi baru, caj tambahan akan dikenakan.
  7. Saiz pakej/bungkusan maksimum dibenarkan adalah 100cm x 100cm x 100cm dengan berat maksimum 10kg sahaja.
  8. Pihak HantarSini.com berhak menolak atau tidak menerima pakej/bungkusan/dokumen yang dialamatkan ke HantarSini.com sekiranya pelanggan tidak mematuhi syarat-syarat dikenakan serta jika pakej/bungkusan/dokumen mencurigakan  atau tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  9. Pihak HantarSini.com berhak menolak penerimaan Pakej/Dokumen berbentuk COD kecuali bayaran penuh dijelaskan terlebih dahulu kepada pihak HantarSini.com
  10. Jika atas sebab tertentu Pakej/Dokumen tidak dapat diterima penghantarannya di alamat HantarSini.com, pihak HantarSini.com berhak memberi rebet atau baucer diskaun kepada pelanggan
  11. Hanya pengenalan diri yang sah seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pas/kad Pekerja, Pasport atau pengenalan yang disahkan sebelum mengambil pakej/bungkusan/dokumen transit.
  12. Pihak HantarSini.com dibenarkan menggunakan maklumat yang diberikan untuk manfaat pelanggan.
  13. Bersetuju untuk membayar yuran pendaftaran RM10 sewaktu pertama kali menggunakan perkhidmatan ini (kecuali ada promosi atau syarat tambahan)
  14. Sebarang pertikaian, jika berlaku, perbincangan secara terus antara pelanggan dan HantarSini.com mesti dilakukan terlebih dahulu.
  15. Pelanggan juga bersetuju bahawa terma dan syarat yang ditetapkan ini boleh berubah pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal dan akan dikemaskini melalui laman sesawang HantarSini.com dari masa ke semasa.

Pihak HantarSini.com akan cuba sebaik mungkin menjaga pakej yang diterima dan tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan semasa transit

Jika syarat-syarat umum di atas dipersetujui, maka anda dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan HantarSini.com dengan mendaftar sebagai pelanggan di sini.

Peringatan :
HantarSini.com adalah penyedia perkhidmatan transit dan bukan tempat penyimpanan barang/dokumen.
@TheFlexWorkplace
No. 51A, Jalan Setia Jaya Utama
Taman Setia Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor.
X5.2019.3_1711019
Back to content