HantarSini.com

Go to content

Main menu:


HantarSini.com
Perkhidmatan Transit
Pakej/Dokumen




Perkhidmatan Transit Pakej dan Dokumen

HantarSini.com menyediakan perkhidmatan transit pakej seperti bungkusan dan dokumen secara sementara bagi anda yang sering bermasalah dalam menerima kiriman.

Lazimnya kiriman dihantar ke rumah tatkala anda tiada di rumah kerana bekerja / sering keluar atau polisi pejabat tidak membenarkan penghantaran barang peribadi ke pejabat.

HantarSini.com juga membantu mengatasi masalah waktu pengambilan (pick up) kerana kami beroperasi bermula jam 10.00 pagi - 8.00 malam setiap hari.

Servis Transit HantarSini.com membantu memudahkan proses penerimaan pakej (bungkusan/dokumen) secara setempat dan seterusnya memudahkan pelanggan mengambilnya pada waktu yang sesuai (antara 10.00 pagi - 8.00 malam).


Terma dan Syarat Umum Penggunaan Servis HantarSini.com

  1. Pelanggan MESTI mendaftar secara online atau mengisi borang terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan HantarSini.com (isi borang maklumat pelanggan yang disediakan sebelum menggunakan perkhidmatan HantarSini.com)
  2. Setiap pakej atau dokumen yang ingin transit di HantarSini.com perlu dimaklumkan melalui borang pendaftaran dan rekod untuk makluman pihak kami
  3. Pakej atau bungkusan atau dokumen yang dihantar mestilah mematuhi syarat asal yang ditetapkan oleh pihak asal syarikat kurier seperti bukan bahan-bahan terlarang atau menyalahi peraturan dan undang-undang
  4. Caj RM3 sehari pertama dikenakan ke atas barangan transit dan kadar caj bergantung kepada jadual yang disediakan (saiz barangan dan tempoh masa)
  5. Tempoh transit maksimum dibenarkan adalah selama 7 hari.  Selepas tempoh 7 hari, pihak HantarSini.com berhak memulangkan kembali barangan ke pihak kurier
  6. Jika pelanggan perlu perkhidmatan penghantaran ke lokasi baru, caj tambahan akan dikenakan.
  7. Saiz maksimum dibenarkan adalah 200cm x 200cm x 200cm
  8. Pihak HantarSini.com berhak menolak atau tidak menerima pakej/dokumen yang dialamatkan ke HantarSini.com sekiranya pelanggan tidak mematuhi syarat-syarat dikenakan.
  9. Penerimaan Pakej/Dokumen berbentuk COD berhak ditolak pihak HantarSini.com kecuali bayaran penuh dijelaskan terlebih dahulu kepada pihak HantarSini.com
  10. Jika atas sebab tertentu Pakej/Dokumen tidak dapat diterima penghantarannya di alamat HantarSini.com, pihak HantarSini.com berhak memberi rebet atau baucer diskaun kepada pelanggan
  11. Hanya pengenalan diri yang sah seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu, Pas/kad Pekerja, Pasport atau pengenalan yang disahkan.
  12. Pelanggan juga bersetuju bahawa terma dan syarat yang ditetapkan ini boleh berubah pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal untuk kepentingan kedua-dua pihak.

Pihak HantarSini.com akan cuba sebaik mungkin menjaga pakej yang diterima dan tidak bertanggungjawab jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan semasa transit


Jadual Am Caj Perkhidmatan

Barangan/Pakej

Ukuran terpanjang akan digunakan dalam menentukan caj transit

Saiz kurang atau bersamaan 100cm panjang x 100cm lebar x 100cm tinggi = RM3/hari dan RM1 untuk setiap hari berikutnya.

Saiz melebihi 100cm panjang x 100cm lebar x 100cm tinggi  tetapi kurang dari 200cm panjang x 200cm lebar x 200cm tinggi = RM5/hari dan RM1 untuk setiap hari berikutnya.

Saiz melebihi 200cm panjang x 200cm lebar x 200cm tinggi = RM10/hari dan RM1 untuk setiap hari berikutnya.

Saiz maksimum dibenarkan untuk transit adalah 300 cm x 300 cm x 300 cm

Contoh pengiraan;

Barangan A
Panjang 20 cm, lebar 20 cm, tinggi 20 cm = RM3/hari
Jika transit sehari = RM3
Jika transit 3 hari = RM3 + RM1 (hari kedua) + RM1 (hari ketiga)

Barangan B
Panjang 39 cm, lebar 20 cm, tinggi 20 cm = RM3/hari
Jika transit sehari = RM3
Jika transit 3 hari = RM3 (hari pertama) + RM1 (hari 2) + RM1 (hari 3)
Jumlah = RM5

Barangan C
Panjang 165 cm, lebar 35 cm, tinggi 20 cm = RM5/hari
Jika transit sehari = RM5
Jika transit 3 hari = RM5 (hari pertama) + RM1 (hari 2) + RM1 (hari 3)
Jumlah = RM7

Barangan D
Panjang 210 cm, lebar 250 cm, tinggi 50 cm = RM10/hari
Jika transit sehari = RM10
Jika transit 3 hari = RM10 (hari pertama) + RM1 (hari 2) + RM1 (hari 3)
Jumlah = RM12


Peringatan :
HantarSini.com adalah penyedia perkhidmatan transit sementara dan bukan tempat penyimpanan barang/dokumen





Alamat Penghantaran

Bagi memastikan barangan / pakej / produk dihantar ke lokasi HantarSini.com, pelanggan dinasihatkan mengikut kaedah penulisan alamat berikut;




<Nama Penerima>
d/a HantarSini.com
No.32, Ground Floor
Jalan Lim Yew Leong
83000 Batu Pahat
<011 5686 1312>
<No.telefon anda>


Lokasi Kami
GPS : 1.849919, 102.944744



Soalan Lazim

  1. Bilakah perkhidmatan ini bermula ?
    Perkhidmatan ini telahpun bermula pada 1 Mac 2018

  2. Berapakah cas dikenakan ?
    Cas serendah RM3/hari dikenakan dan bergantung kepada saiz pakej/dokumen.
    (Sila rujuk jadual)

  3. Berapa lama pakej/dokumen boleh ditransitkan di HantarSini.com
    Tempoh maksimum adalah 7 hari + 7 hari.
    (Sila maklum bahawa HantarSini.com menyediakan kemudahan transit pakej/dokumen dan BUKANNYA penyimpanan)

  4. Semua saiz pakej/dokumen boleh ditransitkankah ?
    Kami hanya menerima barang transit bersaiz maksimum 300 cm panjang x 300 cm lebar x 300 cm tinggi sahaja buat masa ini

  5. Apa berlaku jika barangan transit tidak dituntut ?
    Pakej/dokumen yang tidak dituntut selepas tempoh 7 hari, cas tambahan RM5/hari akan dikenakan sehingga tempoh 7 hari berikutnya sebelum tindakan seperti pemulangan ke pihak pengirim atau pelupusan dilakukan

  6. Bilakan waktu pelanggan boleh ambil pakej/dokumen transit ?
    Pakej/dokumen transit boleh diambil antara jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari kecuali
    cuti perayaan.  Walau bagaimanapun, anda digalakkan menghubungi pihak HantarSini.com sebelum datang mengambil pakej/dokumen.

  7. Bolehkah jika pelanggan ingin ambil pakej/dokumen transit di luar waktu operasi ?  Ya, boleh. Pelanggan boleh hubungi pihak HantarSini.com untuk janji temu dan caj tambahan RM1/barang akan dikenakan.

  8. Walau bagaimanapun, pelanggan dinasihatkan untuk tidak mengambil barangan transit antara jam 10 malam hingga 7 pagi.

Jika syarat-syarat umum di atas dipersetujui, maka anda dialu-alukan untuk menggunakan perkhidmatan HantarSini.com


Jika ada sebarang pertanyaan tambahan, sila isikan borang hubungi kami yang disediakan atau emel ke info@hantarsini.com.




Pertanyaan / Soalan / Kemusykilan.
Sila isikan borang berikut:


Anda juga boleh hubungi kami melalui emel berikut;
info@hantarsini.com
HantarSini.com
Is a colaboration service between
E Shi Enterprise, Eco Idea Niaga & Lyn and Ejump Enterprise
Dikemaskini : 05/07/2018 0007h
HantarSini.com
d/a Lyn & Ejump Enterprise
No.32, Ground Floor, Jalan Lim Yew Leong
83000 Batu Pahat
Back to content | Back to main menu